Thursday, December 31, 2015

Tempahan Januari 2016 Dibuka

Assalamualaikum wbt.


Selamat datang para pengunjung blog Baitul Husna Homestay Melaka.
Tumpuan cuti pada Januari 2016 ialah :
1hb - 3hb     : Cuti Tahun Baru
9hb - 10hb   : Cuti hujung minggu
14hb            : Cuti Keputeraan Tuanku Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (N. Sembilan sahaja)
16hb - 17hb : Cuti hujung minggu
23hb - 24hb : Cuti Thaipusam
30hb - 31hb : Cuti hujung minggu

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Tempahan 1 Januari 2016

Assalamualaikum wbt...

Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada Puan Elmi binti Anuwar dari Kuala Lumpur yang telah menempah BAITUL HUSNA HOMESTAY pada 1 Januari 2016. Beliau merupakan tatamu pertama kami bagi tahun 2016 ini. 
Semoga perjalanan Puan Elmi sekeluarga ke Melaka mendapat keselamatan dan perlindungan daripada Allah SWT.

Tempahan Homestay 
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Tuesday, December 29, 2015

Hadith Palsu Tentang Adab Potong Kuku

Oleh kerana memotong kuku merupakan sebahagian daripada fitrah manusia, maka di sini kami kongsikan berkenaan adab memotong kuku. 

Hadith Palsu Tentang Adab Potong Kuku


Soalan dari email:
Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ? Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.

RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jawapan:
Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:
من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ، خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ، وخرج منه الذنوب
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."
Darjat Hadith
1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة
Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan menggantikan tempat penyakit itu dengan penyembuhan dan rahmat." Hadith ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021, cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.
al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:
لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء
Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W. sesuatu hadith pun."
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
wallahu a'lam

Tempahan Homestay Baitul Husna Homestay Melaka 
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Respon Tetamu 25 Disember 2015 - Encik Samsuri bin Md Nor

Terima Kasih Encik Samsuri bin Md Nor dan keluarga yang telah menjadi tetamu BAITUL HUSNA HOMESTAY MELAKA pada 25 Disember 2015. Sokongan yang diberikan menambahkan lagi kesungguhan kami untuk memantapkan lagi pengurusan homestay kami.
Tempahan Homestay Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Sunday, November 29, 2015

Penuh : November - Disember 2015

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang bersifat Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), sepanjang bulan November hingga penghujung Disember 2015, Baitul Husna Homestay telah ditempah oleh Syarikat DANAMIN (M) SDN. BHD.

Justeru, kami memohon maaf kepada semua pelanggan, khususnya yang telah menghubungi kami untuk membuat tempahan pada dua bulan tersebut. Tempahan di buka untuk bulan Januari dan Febuari 2016 sahaja.

Terima Kasih buat Syarikat DANAMIN (M) SDN. BHD. kerana sudi menginap di homestay kami sepanjang tempoh tersebut.


Wednesday, June 10, 2015

Cuti Sekolah Jun - Tempahan Penuh

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. terima kasih kepada semua yang menginap di Baitul Husna Homestay Melaka sepanjang cuti sekolah bulan Jun ini. Kami amat bersyukur kepada Allah SWT kerana sepanjang cuti ini, homestay kami dipenuhi pengunjung.


Wednesday, March 25, 2015

Tempahan Bulan April 2015

Assalamualaikum warahmatullahi Wa Barakatuh...

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka bagi bulan April 2015, boleh semak di ruangan Kekosongan untuk menempah. Jika tarikh pilihan anda masih Available, sila hubungi kami untuk tempahan.


  Kami mementingkan perkhidmatan pelanggan yang mesra
Encik Ariff : 019-375 9091 (SMS/Whatsapp/Telegram)

Terima Kasih.

Thursday, February 19, 2015

Cuti Sekolah 14 - 22 Mac 2015


Assalamualaikum wbt...

In shaa Allah, cuti pertengahan penggal persekolahan akan bermula pada 14 hingga 22 Mac 2015, lebih kurang 3 minggu dari sekarang.

Bagi ibu bapa yang bercadang mengisi percutian untuk anak-anak ke Negeri Melaka, bolehlah merancang percutian mulai sekarang. Pastikan anda memilih tarikh dan waktu yang bersesuaian.

Jangan lupa, untuk mendapatkan penginapan yang selesa, dapatkanlah Baitul Husna Homestay Melaka.

HUBUNGI UNTUK TEMPAHAN :
ARIFF 019-375 9091

Tuesday, February 17, 2015

Cuti Sekolah


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, untuk cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina ini sudah ada tempahan bermula 19hb hingga 22hb. Terima Kasih kepada pelanggan yang menginap di Baitul Husna Homestay. Walaubagaimanapun masih ramai yang belum mendapatkan homestay untuk bercuti CNY ini kerana membuat tempahan di saat-saat akhir.

Pengajarannya, rancang percutian anda lebih awal. Elakkan kesesakkan daripada membuat tempahan saat-saat akhir.

Kepada yang merancang untuk berjalan-jalan ke Melaka sempena cuti sekolah bulan Mac nanti, segeralah buat tempahan homestay. Jangan lupa Baitul Husna Homestay Melaka...

TEMPAHAN :
ARIFF : 019-375 9091 (whatsapp/telegram/sms)

Friday, January 9, 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum wbt...

Selamat kembali ke sekolah, khususnya pelajar asrama di Negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Semoga anda semua akan menjalani sesi persekolah tahun 2015 ini dengan penuh semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat..


Daripada :
Baitul Husna Homestay Melaka
019-375 9091

Friday, January 2, 2015

Tempat Menarik Melaka : Istana Kesultanan Melaka


Istana Kesultanan Melaka ini merupakan replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dab lukisan yang mewakili tempoh tersebut. Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik, dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar Diraja.

Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka. Model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM1.00

Waktu Operasi :
Setiap Hari : 9.30 pagi - 5.30 petang

Jarak Muzium dari Baitul Husna Homestay : 16.8km