Friday, January 9, 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum wbt...

Selamat kembali ke sekolah, khususnya pelajar asrama di Negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Semoga anda semua akan menjalani sesi persekolah tahun 2015 ini dengan penuh semangat untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat..


Daripada :
Baitul Husna Homestay Melaka
019-375 9091

Friday, January 2, 2015

Tempat Menarik Melaka : Istana Kesultanan Melaka


Istana Kesultanan Melaka ini merupakan replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dab lukisan yang mewakili tempoh tersebut. Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik, dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar Diraja.

Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka. Model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Bayaran Masuk :
Dewasa : RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM1.00

Waktu Operasi :
Setiap Hari : 9.30 pagi - 5.30 petang

Jarak Muzium dari Baitul Husna Homestay : 16.8km