Friday, December 30, 2016

Selamat Kembali Ke Sekolah 2017

Assalamualaikum wbt...

Baitul Husna Homestay Melaka mengucapkan selamat bertugas kepada guru-guru dan selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar seluruh Malaysia. Semoga tahun 2017 lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Mulakan tahun baru ini dengan semangat yang tinggi untuk mencapai apa juga kejayaan yang diimpikan...

Semoga Allah SWT membantu para hamba-Nya...

Tuesday, December 27, 2016

5 Kelebihan Homestay Berbanding Hotel

Apabila anda bermusafir atau melawati sesuatu tempat, pernahkah anda terfikir untuk tinggal homestay berbanding hotel? Walaupun tidak dinafikan ada yang menginginkan keselesaan yang ditawarkan oleh hotel yang mempunyai cawangan di serata tempat. Namun, tinggal di homestay bukan sahaja memberikan kelainan, bahkan khidmat pelanggan yang lebih khas berbanding di hotel.
Berikut merupakan lima (5) kelebihan homestay berbanding hotel. Go homestay, skip the hotel!

1. Unik

Berbanding hotel, homestay akan dihias mengikut personality pemiliknya. Ataupun sumber inspirasi. Setiap bilik boleh dihias sekreatif mungkin. Jadi, anda akan merasakan seperti rumah kedua anda.

2. Jimat

Apabila anda tinggal di homestay, kos anda boleh dikurangkan sebanyak lebih dari 60% kerana satu bilik untuk dua orang puratanya berharga RM250 manakala homestay membolehkan anda menginap untuk seluruh keluarga – 3 bilik.
Ada sesetengah homestay, mereka akan charge dengan harga yang amat rendah kerana mereka suka menerima tetamu dan bukan mementingkan pulangan yang besar.

3. Persekitaran yang tenang dan cantik

Kebanyakan tempat di mana terletaknya homestay merupakan tempat tarikan pelancong mahupun hampir dengan pelabuhan atau institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah berasrama.Seperti yang kami katakan, homestay menjanjikan suasana yang lebih tenang kerana ia seperti rumah kedua anda.

4. Khidmat Pelanggan

Selalunya, pemilik homestay akan melakukan aktiviti seperti membersihkan rumah, menyediakan sarapan bahkan membantu mengangkat beg anda. Secara tidak lansung, anda boleh menjalin silaturrahim sesama pemilik homestay.

5. Kisah tersendiri

Ada banyak sebab sesebuah homestay diwujudkan. Ada yang mengambil peluang yang tersedia. Seperti kami, kami ingin mengabadikan pengalaman, inspirasi yang kami perolehi. Selain itu, ia merupakan cara untuk kami sebuah keluarga menceritakan sejarah kami dan berkongsi pengalaman dengan anda.
Baitul Husna Homestay Melaka merupakan homestay yang terletak di Bandar Melaka. Kami terletak di tengah-tengah bandar Melaka dan memiliki 4 bilik dilengakapi dengan penghawa dingin, TV, mesin basuh, peti ais dan peralatan membakar BBQ.

Tempahan Sempena Cuti Tahun Baru Cina 28 & 29 Januari 2017 !!!

🔊🔊🔊Perhatian..Perhatian...Perhatian...
Booking sempena Cuti Tahun Baru Cina yang bakal tiba 28 & 29 Januari 2017
😃😃😃Cuma RM250 sahaja utk semalaman.
🏠🏠Cepat sebelum semua homestay di Bandar Melaka penuh!!!...
🚶🚶Jom rebut peluang sementara masih ada...
BAITUL HUSNA Homestay Melaka (Khas untuk keluarga Muslim SHJ) menawarkan pelbagai kemudahan untuk anda semua..
Antara kemudahan yang disediakan:-
☆ 4 bilik (4 bilik katil queen)
☆ masterbedroom dilengkapi aircond
☆ Tilam toto × 3 keping
☆ 2 bilik air
☆ set sofa+meja coffe
☆ TV LCD
☆ Astro Njoi
☆ Peti Ais
☆ Mesin basuh automatik
☆ Periuk nasi
☆ Kettle
☆ Dapur gas
☆ Alatan memasak《sudu, garfu, pisau, senduk, kuali》
☆ Set pinggan mangkuk
☆ Set BBQ
☆ Ampaian baju
☆ Meja makan
☆ Barang mandian
☆ Sejadah & telekung
☆ Sterika & ion board
☆ Ruang letak kereta utk 2 buah kereta
☆ Ruang tanah boleh pasang khemah & BBQ
20 minit perjalanan ke🚴🚴
¤ Pantai Puteri
¤ Pantai Klebang 1 Malaysia
¤ Bandar Melaka
¤ Jonker Walk
¤ Bangunan Merah
¤ Menara Taming Sari
¤ Dataran Pahlawan
¤ Oriental Hospital
¤ Pantai Pengkalan Balak
¤ Kuala Sg Baru
¤ MPO(Melaka Premium Outlet)
¤ A Famosa Resort
¤ Alor Gajah
30 minit perjalanan ke🚴🚴
¤ Zoo Melaka
¤ Taman Mini Malaysia
¤ Taman Rama- Rama
¤ Melaka Wonderland
¤ Taman Buaya
¤ MITC
¤ Ayer Keroh
¤ Jusco
¤ Mydin
¤ Pusat Bowling Antarabangsa
¤ Planetrium
5 minit perjalanan ke🚶🚶🚶
¤Tesco Cheng
¤ Family Ctore
¤ Penjara Sg Udang
¤ Sekolah Rendah Bertam
¤ Petronas Penapisan Melaka

Homestay masih beroperasi...

Assalamualaikum wbt...

Mohon maaf kepada para pengunjung blog Baitul Husna Homestay...
Kerana kesibukan masa, kami tidak berkesempatan untuk update status terkini homestay...

Baitul Husna Homestay masih beroperasi seperti biasa...
Alhamdulillah, ramai yang menjadi tetamu sepanjang bulan November dan Disember 2016...

Senarai tetamu sepanjang Nov & Dis 2016 :

21 November 2016 -Dr. Dura dari Kuantan

23 November 2016 - Dr. Dura dari Kuantan (return customer)

26 November 2016 - En. Sallehuddin dari Kuala Lumpur

27 November 2016 - Puan Norliza dari Johor

10 Disember 2016 - En. Shabree dari Melaka

11 Disember 2016 - Puan Nor Aishah dari Johor

16 Disember 2016 - En. Nizuan dari Kulim
17 Disember 2016 - En. Nizuan dari Kulim

23 Disember 2016 - En. Abd Rahman dari Johor
24 Disember 2016 - En. Abd Rahman dari Johor

25 Disember 2016 - En. Sharool dari Shah Alam

31 Disember 2016 - En. Mat Saad dari Shah Alam

Jutaan terima kasih kerana sudi menginap di Baitul Husna Homestay Melaka...







Sunday, February 28, 2016

Zikir Sesudah Solat Dari Nabi SAW Bersumberkan Hadis yang Sahih

Assalamualaikum...
Saya kongsikan Zikir Sesudah Solat Dari Nabi SAW bersumberkan Hadis yang Sahih. Somoga ianya memberi manfaat kepada anda. dipersilakan download, print, copy, paste, share. Semoga ianya menjadi saham akhirat untuk saya. Terima Kasih.
Abu Hunayf Az-Zaynee Zainul Ariff Husaini Bin Zainul Fuad
Sekolah Menengah Sains Johor
20 Jumadil Awwal 1437 / 29 Februari 2016

Wednesday, January 6, 2016

Tetamu 3 - 4 Januari 2016

Terima Kasih ayahanda Zainul Fuad Ghazali, bonda Nor Aini Yaacob dan adik Zainul Muhammad Hanis dan Nurul Ainun Nabilah yang menginap di Baitul Husna Homestay Melaka. Banyak kerja-kerja penyelenggaraan homestay yang dilakukan, meracun rumput, membersihkan halaman, menanam pisang, dan menukar barang-barang yang rosak. Semoga berkunjung lagi di lain masa...

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Sunday, January 3, 2016

Tetamu 2 Januari 2016

Baitul Husna Homestay Melaka mengucapkan terima kasih kepada Puan Jubaidah binti Harris yang telah menjadi tetamu kami pada 2-3 Januari ini. Terima kasih juga di atas maklum balas yang positif dari puan sekeluarga.
Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Friday, January 1, 2016

Iklan Program : Seminar Solat 1.0


Apakah yang akan diperolehi (Insya-Allah) oleh peserta-peserta :
- Memahami kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim
- Mengetahui dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tentang tatacara bersuci dan solat
- Memahami perbezaan pendapat para ulama dalam fiqh bersuci dan solat
- Mengetahui tatacara ibadah yang sempurna


SEMINAR SOLAT 1.0
Tarikh  : Sabtu 13 Februari 2016
Lokasi : UIAM Gombak
Masa   : 9.00 pagi – 6.00 petang.
Pembentang: Dr. Rozaimi Ramlee, Dr. Abdul Basit

Yuran: Awam RM80 / Pelajar RM60
Daftar di sini –> http://www.alkahfi.com.my/solat

*Peserta akan menerima nota dan makanan
Sebarang pertanyaan, hubungi 013 315 6204
Makan minum (3 kali sehari) dan nota disediakan kepada semua peserta

Kenapa 1.0? Ini kerana Insya-Allah, SEMINAR SOLAT 2.0 akan diadakan. Dalam siri 2.0, kita akan memfokuskan pula kepada rukhsan-rukhsah, solat berjemaah, dan perkara-perkara lain yang tidak disentuh dalam 1.0

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Solat Jama’ & Qasar



Dua bentuk kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia dalam urusan solat adalah secara Jama’ dan Qasar (الجمع والقصر).

Solat Jama’ dan Qasar adalah dua hakikat yang berbeza. Jama’ bermaksud menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu, manakala Qasar pula adalah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.

Namun, seringkali persoalan Jama’ dan Qasar ini disalahfahami oleh masyarakat kita hari ini. Kebanyakan kita menganggap, Jama’ dan Qasar adalah untuk mereka yang bermusafir sahaja. Memang benar sekiranya seseorang itu bermusafir, dia dibenarkan melakukan solat secara Jama’ dan Qasar.
Perlu difahami bahawa, solat Qasar hanya boleh dilakukan khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja (perjalanan melebihi 81km mengikut Mazhab Syafie). Dalilnya :
Maksudnya : Apabila kamu berjalan di muka bumi, maka tiada salahnya bagi kamu mengqasarkan solat, kalau kamu bimbang akan diganggu oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu bagi kamu adalah musuh yang nyata. (An-Nisaa’ :101)

Namun begitu, solat Jama’ bukanlah khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja. Mereka yang menetap dalam lingkungan kawasan sendiri, sekalipun dalam rumahnya sahaja (tidak keluar ke mana-mana) juga dibenarkan untuk melakukan solat secara Jama’ sekiranya ada alasan-alasan tertentu yang dibenarkan syara’. Buktinya dapat dilihat dengan jelas melalui Hadith Nabi SAW :

حدثنا أبو الزبير عن سعيد بن جبير عن ابن عباس قال : صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر .قال أبو الزبير فسألت سعيدا لم فعل ذلك ؟ فقال سألت ابن عباس كما سألتني فقال أراد أن لا يحرج أحدا من أمته

Maksudnya : Dikhabarkan oleh Abu Zubair daripada Sa’id bin Jabir daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Rasulullah SAW bersolat Zohor dan ‘Asar secara Jama’ di Madinah bukan dalam keadaan takut mahupun bermusafir. Berkata Abu Zubair maka aku bertanya Sa’id “mengapa (baginda) melakukan demikian?” Maka katanya dia telah bertanya kepada Ibnu Abbas sepertimana aku, maka kata (Ibnu Abbas) baginda ingin mengeluarkan ummatnya daripada kesukaran.
(Hadith Sohih Muslim (No.705). Juga boleh didapati Hadith yang sama maksudnya dalam Sunan Tirmizi (No.187), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.2557), Sohih Ibnu Khuzaimah (No.971), Mu’jam Al-Kabir (No.12516), Musnad Abi Ya’la (No.2401), Musannaf Abd Ar-Razaq (No.4435), Sunan Baihaqi Kabir (No.5334), Sohih Abi Daud (No.1070)).
Jelasnya, bagi mereka yang tidak bermusafir, dibolehkan melakukan solat secara Jama’, tanpa mengqasarkannya. Contohnya melakukan solat Zohor empat rakaat diikuti solat ‘Asar empat rakaat dalam waktu zohor.
Diantara alasan yang membolehkan menjama’kan solat selain kerana bermusafir ialah :
  • Hujan yang lebat. Khusus bagi mereka yang solat berjemaah di masjid sahaja. Ia disebabkan sukar untuk kembali ke masjid setelah pulang ke rumah. Dalilnya :

عن ابن عباس : أن النبي صلى الله عليه وسلم صلى بالمدينة سبعا وثمانيا الظهر والعصر والمغرب والعشاء فقال أيوب لعله في ليلة مطيرة ؟ قال عسى

Maksudnya : Daripada Ibnu ‘Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi SAW solat di Madinah tujuh dan lapan rakaat, Zohor dengan ‘Asar dan Maghrib dengan ‘Isya. Maka berkata Ayyub “Boleh jadi hujan lebat pada waktu malam?” Jawab Ibnu ‘Abbas “Boleh jadi begitu.”
(Hadith dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Sohihnya (No.518). Hadith yang sama maksudnya juga dalam Sunan Abi Daud (No.1210))
  • Sakit yang sukar untuk melakukan solat (kerana ke tandas dan bangun). Ia diqiaskan kepada keperluan menjama’kan solat kerana hujan disebabkan persamaan pada alasannya yakni membawa kesukaran.
  • Ada keperluan tertentu (yang bermaksud baik). Dalilnya seperti yang telah dinyatakan dalam Hadith riwayat Muslim di atas, di mana Rasulullah tidak mahu menyukarkan atau memberatkan umatnya. Contohnya seperti seorang doktor yang melakukan pembedahan yang memakan masa berjam-jam. Dalam keadaan ini dia dibolehkan menjama’kan solat. Hal ini kerana, sekiranya dia menghentikan pembedahan untuk melakukan solat, maka dibimbangi akan memudharatkan pesakitnya.
Penerangan lanjut mengenai Solat Jama’ dan Qasar akan penulis huraikan dalam artikel akan datang. Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini. Terima Kasih.

Rujukan : Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhab As-Syafie, Fiqhus Sunnah, Software Maktabah Al-Hadith As-Syarif Wa ‘Ulumah

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)