Wednesday, January 6, 2016

Tetamu 3 - 4 Januari 2016

Terima Kasih ayahanda Zainul Fuad Ghazali, bonda Nor Aini Yaacob dan adik Zainul Muhammad Hanis dan Nurul Ainun Nabilah yang menginap di Baitul Husna Homestay Melaka. Banyak kerja-kerja penyelenggaraan homestay yang dilakukan, meracun rumput, membersihkan halaman, menanam pisang, dan menukar barang-barang yang rosak. Semoga berkunjung lagi di lain masa...

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Sunday, January 3, 2016

Tetamu 2 Januari 2016

Baitul Husna Homestay Melaka mengucapkan terima kasih kepada Puan Jubaidah binti Harris yang telah menjadi tetamu kami pada 2-3 Januari ini. Terima kasih juga di atas maklum balas yang positif dari puan sekeluarga.
Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Friday, January 1, 2016

Iklan Program : Seminar Solat 1.0


Apakah yang akan diperolehi (Insya-Allah) oleh peserta-peserta :
- Memahami kepentingan solat dalam kehidupan seorang Muslim
- Mengetahui dalil-dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah tentang tatacara bersuci dan solat
- Memahami perbezaan pendapat para ulama dalam fiqh bersuci dan solat
- Mengetahui tatacara ibadah yang sempurna


SEMINAR SOLAT 1.0
Tarikh  : Sabtu 13 Februari 2016
Lokasi : UIAM Gombak
Masa   : 9.00 pagi – 6.00 petang.
Pembentang: Dr. Rozaimi Ramlee, Dr. Abdul Basit

Yuran: Awam RM80 / Pelajar RM60
Daftar di sini –> http://www.alkahfi.com.my/solat

*Peserta akan menerima nota dan makanan
Sebarang pertanyaan, hubungi 013 315 6204
Makan minum (3 kali sehari) dan nota disediakan kepada semua peserta

Kenapa 1.0? Ini kerana Insya-Allah, SEMINAR SOLAT 2.0 akan diadakan. Dalam siri 2.0, kita akan memfokuskan pula kepada rukhsan-rukhsah, solat berjemaah, dan perkara-perkara lain yang tidak disentuh dalam 1.0

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)

Solat Jama’ & Qasar



Dua bentuk kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia dalam urusan solat adalah secara Jama’ dan Qasar (الجمع والقصر).

Solat Jama’ dan Qasar adalah dua hakikat yang berbeza. Jama’ bermaksud menghimpunkan dua waktu solat dalam satu waktu, manakala Qasar pula adalah memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.

Namun, seringkali persoalan Jama’ dan Qasar ini disalahfahami oleh masyarakat kita hari ini. Kebanyakan kita menganggap, Jama’ dan Qasar adalah untuk mereka yang bermusafir sahaja. Memang benar sekiranya seseorang itu bermusafir, dia dibenarkan melakukan solat secara Jama’ dan Qasar.
Perlu difahami bahawa, solat Qasar hanya boleh dilakukan khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja (perjalanan melebihi 81km mengikut Mazhab Syafie). Dalilnya :
Maksudnya : Apabila kamu berjalan di muka bumi, maka tiada salahnya bagi kamu mengqasarkan solat, kalau kamu bimbang akan diganggu oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu bagi kamu adalah musuh yang nyata. (An-Nisaa’ :101)

Namun begitu, solat Jama’ bukanlah khusus bagi mereka yang bermusafir sahaja. Mereka yang menetap dalam lingkungan kawasan sendiri, sekalipun dalam rumahnya sahaja (tidak keluar ke mana-mana) juga dibenarkan untuk melakukan solat secara Jama’ sekiranya ada alasan-alasan tertentu yang dibenarkan syara’. Buktinya dapat dilihat dengan jelas melalui Hadith Nabi SAW :

حدثنا أبو الزبير عن سعيد بن جبير عن ابن عباس قال : صلى رسول الله صلى الله عليه وسلم الظهر والعصر جميعا بالمدينة في غير خوف ولا سفر .قال أبو الزبير فسألت سعيدا لم فعل ذلك ؟ فقال سألت ابن عباس كما سألتني فقال أراد أن لا يحرج أحدا من أمته

Maksudnya : Dikhabarkan oleh Abu Zubair daripada Sa’id bin Jabir daripada Ibnu Abbas r.a berkata : Rasulullah SAW bersolat Zohor dan ‘Asar secara Jama’ di Madinah bukan dalam keadaan takut mahupun bermusafir. Berkata Abu Zubair maka aku bertanya Sa’id “mengapa (baginda) melakukan demikian?” Maka katanya dia telah bertanya kepada Ibnu Abbas sepertimana aku, maka kata (Ibnu Abbas) baginda ingin mengeluarkan ummatnya daripada kesukaran.
(Hadith Sohih Muslim (No.705). Juga boleh didapati Hadith yang sama maksudnya dalam Sunan Tirmizi (No.187), Musnad Ahmad bin Hanbal (No.2557), Sohih Ibnu Khuzaimah (No.971), Mu’jam Al-Kabir (No.12516), Musnad Abi Ya’la (No.2401), Musannaf Abd Ar-Razaq (No.4435), Sunan Baihaqi Kabir (No.5334), Sohih Abi Daud (No.1070)).
Jelasnya, bagi mereka yang tidak bermusafir, dibolehkan melakukan solat secara Jama’, tanpa mengqasarkannya. Contohnya melakukan solat Zohor empat rakaat diikuti solat ‘Asar empat rakaat dalam waktu zohor.
Diantara alasan yang membolehkan menjama’kan solat selain kerana bermusafir ialah :
  • Hujan yang lebat. Khusus bagi mereka yang solat berjemaah di masjid sahaja. Ia disebabkan sukar untuk kembali ke masjid setelah pulang ke rumah. Dalilnya :

عن ابن عباس : أن النبي صلى الله عليه وسلم صلى بالمدينة سبعا وثمانيا الظهر والعصر والمغرب والعشاء فقال أيوب لعله في ليلة مطيرة ؟ قال عسى

Maksudnya : Daripada Ibnu ‘Abbas r.a : Sesungguhnya Nabi SAW solat di Madinah tujuh dan lapan rakaat, Zohor dengan ‘Asar dan Maghrib dengan ‘Isya. Maka berkata Ayyub “Boleh jadi hujan lebat pada waktu malam?” Jawab Ibnu ‘Abbas “Boleh jadi begitu.”
(Hadith dikeluarkan oleh Al-Bukhari dalam kitab Sohihnya (No.518). Hadith yang sama maksudnya juga dalam Sunan Abi Daud (No.1210))
  • Sakit yang sukar untuk melakukan solat (kerana ke tandas dan bangun). Ia diqiaskan kepada keperluan menjama’kan solat kerana hujan disebabkan persamaan pada alasannya yakni membawa kesukaran.
  • Ada keperluan tertentu (yang bermaksud baik). Dalilnya seperti yang telah dinyatakan dalam Hadith riwayat Muslim di atas, di mana Rasulullah tidak mahu menyukarkan atau memberatkan umatnya. Contohnya seperti seorang doktor yang melakukan pembedahan yang memakan masa berjam-jam. Dalam keadaan ini dia dibolehkan menjama’kan solat. Hal ini kerana, sekiranya dia menghentikan pembedahan untuk melakukan solat, maka dibimbangi akan memudharatkan pesakitnya.
Penerangan lanjut mengenai Solat Jama’ dan Qasar akan penulis huraikan dalam artikel akan datang. Semoga anda mendapat manfaat dari artikel ini. Terima Kasih.

Rujukan : Fiqhul Manhaji ‘Ala Mazhab As-Syafie, Fiqhus Sunnah, Software Maktabah Al-Hadith As-Syarif Wa ‘Ulumah

Tempahan Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)