Oleh kerana memotong kuku merupakan sebahagian daripada fitrah manusia, maka di sini kami kongsikan berkenaan adab memotong kuku.
Hadith Palsu Tentang Adab Potong Kuku
Soalan dari email:
Benar ke hadis berkaitan memotong kuku seperti attachment di bawah nie ?
Kita selalu mendengar hal ini dalam masyarakat kita. Kalau ustaz ada
maklumat mengenai hadis ini mohon dapat dikongsi, supaya dapat ana
betulkan sahabat yang forward kan e-mail ini.
RAHSIA MEMOTONG KUKU RASULULLAH S.A.W BERSABDA: YANG ERTINYA: Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan..
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Jawapan:
Berdasarkan pencarian saya, ini yang diketemui:
من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ، ودخل فيه الشفاء ، ومن قلم
أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغنى ، ومن قلم أظفاره يوم
الاثنين خرجت منه العلة ودخلت فيه الصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء ،
خرج منه البرص ، ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه
الوسواس ، والخوف ودخل فيه الأمن والصحة ، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج
منه الجذام ودخل فيه العافية ، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخل فيه الرحمة ،
وخرج منه الذنوب
Maksudnya: "Sesiapa yang memotong kukunya pada
hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan,
sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya
kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya
pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya
kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar
daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-'Afiah, sesiapa yang
mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan
ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang
mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk
kepadanya al-'Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat,
masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."
Darjat Hadith
1. PALSU (al-Maudhuaat, Ibn Jauzi, 3/226)
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net
2. PALSU, di dalam sanadnya ada para pemalsu hadith dan rawi-rawi yang majhul (al-Fawa-id al-Majmu'ah, oleh al-Syaukani. m.s. 197)
3. Di dalam sanadnya ada Nuh bin Abi Maryam yang ditohmah dengan pendustaan (Tartib al-Maudhuaat) - Sila lihat takhrij hadith dari laman dorar.net
al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani pula di dalam Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhuah ada menyebut hadith:
من قلم أظافيره يوم الجمعة قبل الصلاة ، أخرج الله منه كل داء ، وأدخل مكانه الشفاء والرحمة
Maksudnya: "sesiapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat sebelum
menunaikan solat, Allah mengeluarkan daripadanya penyakit dan
menggantikan tempat penyakit itu dengan penyembuhan dan rahmat." Hadith
ini menurut penilaian al-Albani adalah hadith yang terlalu lemah (ضعيف
جدا)- Sila lihat Silsilah al-Dhoiefah, m.s. 36, bil. hadith: 2021,
cetakan pertama Maktabah al-Maarif al-Riyadh.
al-Hafidz al-Sakhawi di dalam al-Maqasid al-Hasanah m.s. 422 menyebut:
لم يثبت في كيفيته ولا في تعيين يوم له عن النبي صلى الله عليه وسلم شيء
Maksudnya: "Tidak thabit tentang kaifiatnya (memotong kuku), tidak
thabit juga tentang menentukan hari untuk memotong kuku dari Nabi S.A.W.
sesuatu hadith pun."
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:
لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن
دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ،
وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن
البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ،
البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)
Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku
sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk
(memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang
mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan
untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada
dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang
menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan
kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan
dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan
samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka
memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."
wallahu a'lam
Tempahan Homestay Baitul Husna Homestay Melaka
Hubungi : Ariff (019-375 9091)
No comments:
Post a Comment